Dua tiga hari ini, tersebar satu printscreen mengenai satu status dari seorang lelaki Cina yang terang-terangan menghina bulan Ramadhan,agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.Malahan,lelaki Cina ini berani mengutuk Sultan dan juga bangsa melayu.Dan,wall lelaki cina tersebut telah diboom oleh ramai orang Islam yang ternyata amat marah sehingga keluar perlbagai caci maki dan juga ungkitan sejarah yang lalu.
Post ini tidaklah mahu membelahi mana-mana pihak.Tetapi,saya sebagai pemerhati ''drama'' ini sangat kecewa dengan perangai orang Islam kita.Caci maki dan ugutan bunuh serta belasah separuh mati antara tulisan famous untuk para keyboard warrior kita ini.Dan secara tidak langsung tidak menunjukkan nilai agama Islam kita sendiri yang kita cuba tunjukkan kepada non-muslim di luar sana.Yang menjadi persoalan di sini,mengapa non-muslim sewenang-wenangya mengeluarkan kenyataan biadap sedemikian?Mari kita cuba lihat dari pandangan kaca mata mereka?
Konteks agama- Kita sebagai umat Islam.Adakah kita sendiri mengamalkan nilai-nilai agama Islam itu?Tidak perlu merentasi laut cina selatan atau benua eropah.Cukup dalan kawasan negara kita sendiri.Melayu yang dikenali dengan anutan agama Islam tetapi kadar jenayah,gangsterism dan juga keruntuhan akhlak terjadi dalam kalangan mereka yang beragama Islam.Mabuk,kes rogol,buli dan pecah amanah yang setiap hari terpampang megah di dada suratkhbar pasti tertera nama yg ''bin'' dan ''binti''.Lalu,bagaimana mereka non-muslim mahu melihat contoh agama Islam yang digembar-gemburkan selama ini?
Di laman sosial tuh tak payah disebutkan lagi,gambar2 dorang bermaksiat,mabuk2 sengaja ditayangkan umpama bangga dan ''cool'' dengan apa yang dilakukan.Tak kira la puak evans,hudsons namun nama kat depan tetap melayu juga dan BERAGAMA ISLAM.Apabila ditegur,ayat femesnyer,'' ko apa peduli hal ak?kubur memasingkan''.Islam atas ic lagi.
Tetapi,apabila dihina agama Islam,yg free hair,yg kaki mabuk,yang sembahyang ke laut,sume marah dan rela turun ke Ipoh mencari lelaki cina itu umpama seorang mujahidin.Itu sudah bagus.Tetapi umpama robot yang ada pic dan dicoding untuk bergerak bila ada kata2 hinaan kepada agama Islam bukan bergerak kerana hati yang betul2 sayangkan agama Allah.
Isu felixia yeap juga antara medium yang kita boleh tengok perangai orang Melayu Islam kita.Caci maki tuh dah macam nasi ayam sedap makan hari2. Jangan kerana kata2 negatif kita, niat beliau untuk memeluk Islam terbantut.Dalam pada itu, semasa majlis ABPH baru2 ni, pemakaian beliau jauh lebih sopan daripada artis melayu Islam kita walhal beliau baru mendalami agama Islam.Artis melayu Islam kita pakaian seperti tidak cukup benang nak menjahit baju.
Menepati masa, menunaikan janji dan juga menjaga kebersihan yang merupakan perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam pun masih tidak mampu diterapkan di negara kita ini.Oleh sebab itu,kita ini mungkin termasuk dalam golongan Muslim tanpa Islam.
Kirim Salam kepada yang Batak
Friday, 13 June 2014
Saturday, 30 November 2013
Pelakon Utama ''Brian O' Conner'' Fast and Furios Meninggal Dunia..
Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.
Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor yang menjadi penumpang dan seorang kawannya sebagai pemandu gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.
Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.
Kematian watak utama di pertengahan penggambaran FF7 pasti mengubah jalan ceritanya 360 drjh..Apa2 pun adios kepada Paul Walker and Brian O' Conner.Kami peminat siri FF tumpang bersimpati kepada keluarga dan kenalan rapat beliau,
Wednesday, 27 November 2013
Hanya kerana cinta...merana @ bahagia???
Sekarang ini gempak kes penyebaran gambar seorang pelajar
perempuan UMP yang berkelakuan tidak senonoh bersama ex-bfnya di laman sosial.(alahaila,malu
gue)…Pelbagai komen yang rata-ratanya mengutuk perbuatan mereka.Sudahlah buat
maksiat,siap cabar jabatan agama nk tgkp mereka berdua.
Dan,kemudian
sehari selepas penyebaran agama itu,si perempuan senang panggil F ini tampil
mebuat laporan polis kerana penyebaran itu dilakukan oleh ex-bfnya yang
berdendam kerana dia telah memutuskan hubungan mereka.Apa yang aku boleh
cakap,nasi sudah jadi bubur dan bubur tuh dah basi.Satu dunia dah tahu ko
barang secondhand.
Aku try
la stalk fb dia.Manis orangnya bertudung,tetapi rupanya….Aku malas la nak judge
orang takut nanti terpalit kepada diri sendri…
Mungkin
si F ini merasakan bahawa dialah insan paling malu di atas planet ini,tapi aku
lebih memikirkan perasaan ibu,ayah dan familinya.Hancurlah hati seorang
ibu,luluh rasa seorang ayah.Nasihat aku kepada si F ini, tak payah dok fikirkan
sangat mulut orang.
Fikirlah untuk bertaubat kepada Allah.Fikirlah untuk meminta
maaf kepada ibu bapa dan keluarga.Semoga Allah menerima taubat kamu dan
tabahkan hati kamu.Semoga keluarga sentiasa menyokong walaupun hati terguris.
Moral of the story….janganlah
kerana cinta diserahkan segala kepada seorang lelaki yang bukan suami.Yang
lebih celaka tuh,ambil gambar buat maksiat lagi.Mohon diambil pengajaran kepada
gadis2 di luar sana yang dok hot lovey dovey tuh.
Cinta tuh sebenarnya lebih banyak pahit dari manisnya.Sudahlah berdosa,merana plop.Cinta yang paling bahagia adalah cinta diredhai Allah iaitu kahwin.
Sekian....
Tuesday, 19 November 2013
#ROGER 2 VILA NABILA
Ini laporan rasmi untuk kes kehilangan remaja di Vila Nabila.Samdol betul.Cerita sebenarnya seoramg remaja lelaki sahaja dikatakan hilang.Tetapi budak tuh,bukan hilang kat vila nabila..tapi hilang kat flat makwe dia taman desa mutiara,jb...Dorang dah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan..apa daa..bikin kecoh 1Malaysia sahaja.Lawak la..dengar kata mak budak ni siap tabur garam kat vila nabila sebab ingatkan hantu yg sembunyikan anak dia..Kasih sayang seorang ibu..Kesian hantu2 kat vila nabila difitnah..Mujurlah budak tuh tak kena saman malu dengan ''orang2;; di vila nabila.
Couple yang bikin kecoh di Vila Nabila
Apa2 pun gua post juga la serba-sedikit gambar semasa geng2 yang terkena dgn budak ni masuk Vila Nabila..haha
p/s:Berfikirlah sebelum bertindak,adik2..Nie bkn dh menyusahlkan keluarga..tetapi 1malaysia..terutama para tok bomoh,uncle seekers dan juga kumpulan paranormal yg lain yg bertungkus-lumus mencari.
Credit to : https://www.facebook.com/wujudparanormalteam
Sunday, 17 November 2013
#ROGER 1 VILLA NABILA
Ok..time aku tengah usha2 info sal kes Vila Nabila ni di facebook..Aku jumpa satu pantun yang memang tangkap syahdu abis...
Credit kepada pengguna fb ini : Muhammad
Asyran Othman Ir
Di villa indah ini
Pernah menjadi saksi
Temasya yang gemilang
Suasana meriah
Termetri di hatiku kau yang
memiliki
Kehebatannya di malam itu
Bila villa menyepi
Kenangan pun bertamu
Wajahmu menikam memperlahankan
waktu
Aku pun hilang arah
Kerna di sini bermula cintaku
padamu
Akukah yang keseorangan ditimpa
percintaan
Janji manisnya yang mendera
Berikan kesempatan bukannya
hukuman
Akan ku pastikan
Cinta ini
Andai dibiarkan ia usang
Diterangi malap pula
Akan tinggal bayang kekosongan
Terserahlah kepadamu
Atau ku biarkan ia usang
Ditemani unggas malam
Tinggal tiap kenangan tenggelam
Bersamamu selama-lamanya
Sedikit gambaran keadaan di Vila Nabila
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut : https://www.facebook.com/wujudparanormalteam?ref=stream&hc_location=stream
Haunted Mansion
Sudah lama tak kemaskini blog..Hari ini,ada satu berita gempak pasal kehilangan 23 remaja di Vila Nabila,Johor Bahru.Yang tuh biarkan dulu coz ada banyak versi yang ditokok tambah pula.Kita tunggu laporan rasminya.Jom kita usha pasal Vila Nabila ni.Apa tempatnya Vila Nabila ni?
Misteri Villa Nabila di Johor Bahru
Fuh, seminggu tak sempat kemaskini. Jumaat lepas aku ke KL lagi selama lima hari. Balik Kelantan semula badan aku tak berapa sihat sekaligus mengganggu sikit mood nak kemaskini blog eheh. Baru hari ni semangat tu datang balik. Jadi sebagai pemangkin semangat aku nak cerita satu kisah misteri tentang Villa Nabila.
Sebenarnya dah dua kali aku muat turun pasal gambar hantu di Villa Nabila yang terletak berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru ni. Kali ni lagi sekali aku nak buat entri yang sama, tapi dengan maklumat yang baru aku dapat tentang asal-usul kisah Villa Nabila. Dulu aku dapat menangkap gambar ‘sesuatu’ yang muncul di salah satu tingkap villa tersebut secara tak sengaja semasa aku dengan sorang lagi kawan, Adan, buat lawatan ke sana sekitar pukul 7 pagi pada bulan Mei 2008.
Kalau tanya aku memang aku tak dapat nak terangkan kat mana lokasi sebenar Villa Nabila ni. Cuma yang dapat aku bagitau villa ni terletak di atas bukit menghadap Danga Bay. Daripada gambar-gambar yang aku jumpa kat forum yang bincangkan pasal villa berhantu ni, pintu gerbangnya terletak di bawah bukit berhampiran dengan Christine Palace (katanya dah tak ada), tapi struktur villa ni bertingkat-tingkat dan sangatlah luas, siap ada kolam lagi kat dalam. Aku agak pelik sebenarnya bila tengok gambar-gambar forumer tu sebab semuanya gambar dari depan. Rupanya dulu aku naik bukit tu dari arah belakang villa, berhadapan dengan istana Johor. Laluan masuk bukit tu dihadang dengan palang, dengan satu papan tanda ‘Dilarang Menceroboh’ siap dengan amaran penceroboh akan ditembak. Tak pasti pula bukit tu termasuk dalam kawasan istana atau tak, yang pasti ianya terletak seberang jalan istana.
Kitorang sebenarnya bertiga tapi sorang lagi kawan aku, Naim tak berani nak ke villa tu. Dia cuma tunggu dalam kereta yang aku parkir tepi jalan kat kaki bukit tu. Masa tu sekitar pukul 7 pagi. Sepatutnya pukul 6:30 pagi lagi dah sampai tapi tersesat jalan lepas solat Subuh kat Masjid Abu Bakar. Sebelum aku cerita lebih lanjut korang tengoklah dulu gambar yang aku dapat tangkap ni.
Apa pendapat korang? Manipulasi gambar sebab goyang? Pada mulanya aku pun fikir camtu tapi ada kemungkinan juga ianya betul-betul adalah ‘benda’ tu. Kata orang, digital camera yang mempunyai 5 Mega Piksel ke atas boleh menangkap gambar entiti. Sebab apa, aku pun tak tau. Kamera yang aku guna dulu untuk tangkap gambar ni adalah Canon PowerShot A470 dengan resolusi 12 Megapixels.
Baru-baru ni aku muat turun gambar ni kat satu group paranormal kat Facebook. Ramai yang impress. Dalam ramai-ramai tu ada sorang ni bagitau yang rumah tu adalah Villa Nabila. Pertama kali aku dengar nama villa tu. Terus Google nak dapatkan kepastian. Hasilnya aku terpaku kat forum Cari yang hangat duk bincang pasal villa ni sejak awal tahun lepas lagi. Dari page 1 sampailah page 28 aku baca dalam satu malam semata-mata nak cari kebenaran kisah Villa Nabila ni.
Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling akhir sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.
Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.
Apa-apa pun, kisah sebenar Christine Palace atau disalahsebut sebagai Villa Nabila ni masih lagi kekal misteri. Dan satu lagi, rumah yang aku pergi ni tak pasti adakah ianya Christine Palace yang sebenarnya sebab di sebelah rumah ni ada bangunan bertingkat yang mempunyai pintu pagar di kaki bukit. Mungkin ianya adalah dua banglo yang berbeza berdasarkan struktur bangunan yang berlainan.
aku copypaste dari satu blog ni : http://desatualang.blogspot.com/
Tuesday, 5 November 2013
KEGILAAN DI MEDIA
As-salam kepada mereka yang beragama Islam dan salam
1Malaysia kepada yang lain.Aku 2-3 minggu ni sibuk dengan exam.Sangat stress lorh.Tapi,sesibuk
aku pun,sempat juga la usha berita2 kat fb.Minggu ni punya topic adalah ‘’KEGILAAN
DI MEDIA’’
Kalau
korang perhati betul2, orang zaman sekarang ni punyalah tak malu untuk buka aib
sendiri kat FB,Keek,Twitter @ Instagram.Dari update status tah apa2,upload
gambar dengan muka mcm kangaroo kene lenyek lori sampailah upload video yang
menunjukkan kebodohan diri.
Tidakkah
mereka mempunyai perasaan malu apabila berbuat demikian? Apabila kita
menasihati dengan berhemah,kita pula ditengking.Hati memang kering
habis.Apabila kita buat dengan cara memaki,dia pula buat ayat touching mcm dlm
drama Melayu.So,what to do?
Bahkan
lebih teruk,mereka bangga dpt menunjukkan perbuatan maksiat mereka untuk
tontonan semua. ‘’PUBLIC’’ lebih kurang.Yang berkapel letak gmbr peluk2 dan
minta didoakan semoga kekal till jannah.Yang songsang a.k.a (lesbian & gay)
tuh,memang malas nak cakap la.
Aku
kadang2 fikir juga,apakah sebab mereka berbuat demikian?Inginkan perhatian mungkin.Nasihat
aku satu sahaja.Bila nak buat mende yang vangang,ingat la pada
Tuhan.Fikirkanlah maruah keluarga,maruah ibu bapa.
P/s : Korang kenal tak minah ni??hahahaha…
Subscribe to:
Posts (Atom)















