Friday, 13 June 2014

HINA RAMADHAN : ISU BANGSA DAN AGAMA PART 1

Dua tiga hari ini, tersebar satu printscreen mengenai satu status dari seorang lelaki Cina yang terang-terangan menghina bulan Ramadhan,agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.Malahan,lelaki Cina ini berani mengutuk Sultan dan juga bangsa melayu.Dan,wall lelaki cina tersebut telah diboom oleh ramai orang Islam yang ternyata amat marah sehingga keluar perlbagai caci maki dan juga ungkitan sejarah yang lalu.

           Post ini tidaklah mahu membelahi mana-mana pihak.Tetapi,saya sebagai pemerhati ''drama'' ini sangat kecewa dengan perangai orang Islam kita.Caci maki dan ugutan bunuh serta belasah separuh mati antara tulisan famous untuk para keyboard warrior kita ini.Dan secara tidak langsung tidak menunjukkan nilai agama Islam kita sendiri yang kita cuba tunjukkan kepada non-muslim di luar sana.Yang menjadi persoalan di sini,mengapa non-muslim sewenang-wenangya mengeluarkan kenyataan biadap sedemikian?Mari kita cuba lihat dari pandangan kaca mata mereka?

Konteks agama- Kita sebagai umat Islam.Adakah kita sendiri mengamalkan nilai-nilai agama Islam itu?Tidak perlu merentasi laut cina selatan atau benua eropah.Cukup dalan kawasan negara kita sendiri.Melayu yang dikenali dengan anutan agama Islam tetapi kadar jenayah,gangsterism dan juga keruntuhan akhlak terjadi dalam kalangan mereka yang beragama Islam.Mabuk,kes rogol,buli dan pecah amanah yang setiap hari terpampang megah di dada suratkhbar pasti tertera nama yg ''bin'' dan ''binti''.Lalu,bagaimana mereka non-muslim mahu melihat contoh agama Islam yang digembar-gemburkan selama ini?

 Di laman sosial tuh tak payah disebutkan lagi,gambar2 dorang bermaksiat,mabuk2 sengaja ditayangkan umpama bangga dan ''cool'' dengan apa yang dilakukan.Tak kira la puak evans,hudsons namun nama kat depan tetap melayu juga dan BERAGAMA ISLAM.Apabila ditegur,ayat femesnyer,'' ko apa peduli hal ak?kubur memasingkan''.Islam atas ic lagi.

 Tetapi,apabila dihina agama Islam,yg free hair,yg kaki mabuk,yang sembahyang ke laut,sume marah dan rela turun ke Ipoh mencari lelaki cina itu umpama seorang mujahidin.Itu sudah bagus.Tetapi umpama robot yang ada pic dan dicoding untuk bergerak bila ada kata2 hinaan kepada agama Islam bukan bergerak kerana hati yang betul2 sayangkan agama Allah.

Isu felixia yeap juga antara medium yang kita boleh tengok perangai orang Melayu Islam kita.Caci maki tuh dah macam nasi ayam sedap makan hari2. Jangan kerana kata2 negatif kita, niat beliau untuk memeluk Islam terbantut.Dalam pada itu, semasa majlis ABPH baru2 ni, pemakaian beliau jauh lebih sopan daripada artis melayu Islam kita walhal beliau baru mendalami agama Islam.Artis melayu Islam kita pakaian seperti tidak cukup benang nak menjahit baju.

  Menepati masa, menunaikan janji dan juga menjaga kebersihan yang merupakan perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam pun masih tidak mampu diterapkan di negara kita ini.Oleh sebab itu,kita ini mungkin termasuk dalam golongan Muslim tanpa Islam.


No comments:

Post a Comment