Saturday, 30 November 2013

Pelakon Utama ''Brian O' Conner'' Fast and Furios Meninggal Dunia..

Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.
Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor yang menjadi penumpang dan seorang kawannya sebagai pemandu gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.
Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.









Kematian watak utama di pertengahan penggambaran FF7 pasti mengubah jalan ceritanya 360 drjh..Apa2 pun adios kepada Paul Walker and Brian O' Conner.Kami peminat siri FF tumpang bersimpati kepada keluarga dan kenalan rapat beliau,

Wednesday, 27 November 2013

Hanya kerana cinta...merana @ bahagia???

Sekarang ini gempak kes penyebaran gambar seorang pelajar perempuan UMP yang berkelakuan tidak senonoh bersama ex-bfnya di laman sosial.(alahaila,malu gue)…Pelbagai komen yang rata-ratanya mengutuk perbuatan mereka.Sudahlah buat maksiat,siap cabar jabatan agama nk tgkp mereka berdua.

                Dan,kemudian sehari selepas penyebaran agama itu,si perempuan senang panggil F ini tampil mebuat laporan polis kerana penyebaran itu dilakukan oleh ex-bfnya yang berdendam kerana dia telah memutuskan hubungan mereka.Apa yang aku boleh cakap,nasi sudah jadi bubur dan bubur tuh dah basi.Satu dunia dah tahu ko barang secondhand.



                Aku try la stalk fb dia.Manis orangnya bertudung,tetapi rupanya….Aku malas la nak judge orang takut nanti terpalit kepada diri sendri…

                Mungkin si F ini merasakan bahawa dialah insan paling malu di atas planet ini,tapi aku lebih memikirkan perasaan ibu,ayah dan familinya.Hancurlah hati seorang ibu,luluh rasa seorang ayah.Nasihat aku kepada si F ini, tak payah dok fikirkan sangat mulut orang.



Fikirlah untuk bertaubat kepada Allah.Fikirlah untuk meminta maaf kepada ibu bapa dan keluarga.Semoga Allah menerima taubat kamu dan tabahkan hati kamu.Semoga keluarga sentiasa menyokong walaupun hati terguris.



Moral of the story….janganlah kerana cinta diserahkan segala kepada seorang lelaki yang bukan suami.Yang lebih celaka tuh,ambil gambar buat maksiat lagi.Mohon diambil pengajaran kepada gadis2 di luar sana yang dok hot lovey dovey tuh.

Cinta tuh sebenarnya lebih banyak pahit dari manisnya.Sudahlah berdosa,merana plop.Cinta yang paling bahagia adalah cinta diredhai Allah iaitu kahwin.



Sekian....

Tuesday, 19 November 2013

#ROGER 2 VILA NABILA

Ini laporan rasmi untuk kes kehilangan remaja di Vila Nabila.Samdol betul.Cerita sebenarnya seoramg remaja lelaki sahaja dikatakan hilang.Tetapi budak tuh,bukan hilang kat vila nabila..tapi hilang kat flat makwe dia taman desa mutiara,jb...Dorang dah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan..apa daa..bikin kecoh 1Malaysia sahaja.Lawak la..dengar kata mak budak ni siap tabur garam kat vila nabila sebab ingatkan hantu yg sembunyikan anak dia..Kasih sayang seorang ibu..Kesian hantu2 kat vila nabila difitnah..Mujurlah budak tuh tak kena saman malu dengan ''orang2;; di vila nabila.

Couple yang bikin kecoh di Vila Nabila

Apa2 pun gua post juga la serba-sedikit gambar semasa geng2 yang terkena dgn budak ni masuk Vila Nabila..haha


p/s:Berfikirlah sebelum bertindak,adik2..Nie bkn dh menyusahlkan keluarga..tetapi 1malaysia..terutama para tok bomoh,uncle seekers dan juga kumpulan paranormal yg lain yg bertungkus-lumus mencari.






Sunday, 17 November 2013

#ROGER 1 VILLA NABILA


Ok..time aku tengah usha2 info sal kes Vila Nabila ni di facebook..Aku jumpa satu pantun yang memang tangkap syahdu abis...

Credit kepada pengguna fb ini : Muhammad Asyran Othman Ir

 Di villa indah ini
Pernah menjadi saksi
Temasya yang gemilang
Suasana meriah
Termetri di hatiku kau yang memiliki
Kehebatannya di malam itu

Bila villa menyepi
Kenangan pun bertamu
Wajahmu menikam memperlahankan waktu
Aku pun hilang arah
Kerna di sini bermula cintaku padamu

Akukah yang keseorangan ditimpa percintaan
Janji manisnya yang mendera
Berikan kesempatan bukannya hukuman
Akan ku pastikan
Cinta ini

Andai dibiarkan ia usang
Diterangi malap pula
Akan tinggal bayang kekosongan
Terserahlah kepadamu

Atau ku biarkan ia usang
Ditemani unggas malam
Tinggal tiap kenangan tenggelam

Bersamamu selama-lamanya

Sedikit gambaran keadaan di Vila Nabila







Haunted Mansion

Sudah lama tak kemaskini blog..Hari ini,ada satu berita gempak pasal kehilangan 23 remaja di Vila Nabila,Johor Bahru.Yang tuh biarkan dulu coz ada banyak versi yang ditokok tambah pula.Kita tunggu laporan rasminya.Jom kita usha pasal Vila Nabila ni.Apa tempatnya Vila Nabila ni?

Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

Fuh, seminggu tak sempat kemaskini. Jumaat lepas aku ke KL lagi selama lima hari. Balik Kelantan semula badan aku tak berapa sihat sekaligus mengganggu sikit mood nak kemaskini blog eheh. Baru hari ni semangat tu datang balik. Jadi sebagai pemangkin semangat aku nak cerita satu kisah misteri tentang Villa Nabila.

IMG 0545 1 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru
Sebenarnya dah dua kali aku muat turun pasal gambar hantu di Villa Nabila yang terletak berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru ni. Kali ni lagi sekali aku nak buat entri yang sama, tapi dengan maklumat yang baru aku dapat tentang asal-usul kisah Villa Nabila. Dulu aku dapat menangkap gambar ‘sesuatu’ yang muncul di salah satu tingkap villa tersebut secara tak sengaja semasa aku dengan sorang lagi kawan, Adan, buat lawatan ke sana sekitar pukul 7 pagi pada bulan Mei 2008.

Kalau tanya aku memang aku tak dapat nak terangkan kat mana lokasi sebenar Villa Nabila ni. Cuma yang dapat aku bagitau villa ni terletak di atas bukit menghadap Danga Bay. Daripada gambar-gambar yang aku jumpa kat forum yang bincangkan pasal villa berhantu ni, pintu gerbangnya terletak di bawah bukit berhampiran dengan Christine Palace (katanya dah tak ada), tapi struktur villa ni bertingkat-tingkat dan sangatlah luas, siap ada kolam lagi kat dalam. Aku agak pelik sebenarnya bila tengok gambar-gambar forumer tu sebab semuanya gambar dari depan. Rupanya dulu aku naik bukit tu dari arah belakang villa, berhadapan dengan istana Johor. Laluan masuk bukit tu dihadang dengan palang, dengan satu papan tanda ‘Dilarang Menceroboh’ siap dengan amaran penceroboh akan ditembak. Tak pasti pula bukit tu termasuk dalam kawasan istana atau tak, yang pasti ianya terletak seberang jalan istana.

Kitorang sebenarnya bertiga tapi sorang lagi kawan aku, Naim tak berani nak ke villa tu. Dia cuma tunggu dalam kereta yang aku parkir tepi jalan kat kaki bukit tu. Masa tu sekitar pukul 7 pagi. Sepatutnya pukul 6:30 pagi lagi dah sampai tapi tersesat jalan lepas solat Subuh kat Masjid Abu Bakar. Sebelum aku cerita lebih lanjut korang tengoklah dulu gambar yang aku dapat tangkap ni.
Untitled 1 3 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru
Apa pendapat korang? Manipulasi gambar sebab goyang? Pada mulanya aku pun fikir camtu tapi ada kemungkinan juga ianya betul-betul adalah ‘benda’ tu. Kata orang, digital camera yang mempunyai 5 Mega Piksel ke atas boleh menangkap gambar entiti. Sebab apa, aku pun tak tau. Kamera yang aku guna dulu untuk tangkap gambar ni adalah Canon PowerShot A470 dengan resolusi 12 Megapixels.

Baru-baru ni aku muat turun gambar ni kat satu group paranormal kat Facebook. Ramai yang impress. Dalam ramai-ramai tu ada sorang ni bagitau yang rumah tu adalah Villa Nabila. Pertama kali aku dengar nama villa tu. Terus Google nak dapatkan kepastian. Hasilnya aku terpaku kat forum Cari yang hangat duk bincang pasal villa ni sejak awal tahun lepas lagi. Dari page 1 sampailah page 28 aku baca dalam satu malam semata-mata nak cari kebenaran kisah Villa Nabila ni.

IMG 0535 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru
DSC01214 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru
IMG 0530 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru
Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling akhir sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
 Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.

Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.
DSC01210 Misteri Villa Nabila di Johor Bahru
Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.

Apa-apa pun, kisah sebenar Christine Palace atau disalahsebut sebagai Villa Nabila ni masih lagi kekal misteri. Dan satu lagi, rumah yang aku pergi ni tak pasti adakah ianya Christine Palace yang sebenarnya sebab di sebelah rumah ni ada bangunan bertingkat yang mempunyai pintu pagar di kaki bukit. Mungkin ianya adalah dua banglo yang berbeza berdasarkan struktur bangunan yang berlainan.

aku copypaste dari satu blog ni : http://desatualang.blogspot.com/

Tuesday, 5 November 2013

KEGILAAN DI MEDIA

As-salam kepada mereka yang beragama Islam dan salam 1Malaysia kepada yang lain.Aku 2-3 minggu ni sibuk dengan exam.Sangat stress lorh.Tapi,sesibuk aku pun,sempat juga la usha berita2 kat fb.Minggu ni punya topic adalah ‘’KEGILAAN DI MEDIA’’
                Kalau korang perhati betul2, orang zaman sekarang ni punyalah tak malu untuk buka aib sendiri kat FB,Keek,Twitter @ Instagram.Dari update status tah apa2,upload gambar dengan muka mcm kangaroo kene lenyek lori sampailah upload video yang menunjukkan kebodohan diri.
                Tidakkah mereka mempunyai perasaan malu apabila berbuat demikian? Apabila kita menasihati dengan berhemah,kita pula ditengking.Hati memang kering habis.Apabila kita buat dengan cara memaki,dia pula buat ayat touching mcm dlm drama Melayu.So,what to do?
                Bahkan lebih teruk,mereka bangga dpt menunjukkan perbuatan maksiat mereka untuk tontonan semua. ‘’PUBLIC’’ lebih kurang.Yang berkapel letak gmbr peluk2 dan minta didoakan semoga kekal till jannah.Yang songsang a.k.a (lesbian & gay) tuh,memang malas nak cakap la.
                Aku kadang2 fikir juga,apakah sebab mereka berbuat demikian?Inginkan perhatian mungkin.Nasihat aku satu sahaja.Bila nak buat mende yang vangang,ingat la pada Tuhan.Fikirkanlah maruah keluarga,maruah ibu bapa.


P/s : Korang kenal tak minah ni??hahahaha…

Monday, 21 October 2013

Adakah umat Islam menjaga @ terlalu paranoid??



Melihat dari status yang di atas ni,aku rasa aku boleh dapat sakit kepala yang kronik.Kartun Upin Ipin yang dok ‘’betul,betul’’ pun boleh dikatakan sebagai agenda yahudi??Memang tidak dinafikan,kita hidup di mana yahudi menguasai dunia ini baik dari segi teknologi,barang2 makanan dan juga media.Tetapi,yang menjadi permasalahannya skrg,adakah umat Islam ini betul2 menjaga ataupun terlebih paranoid sebenarnya?


Hal seperti inilah yang membuatkan non-muslim memandang agama Islam ini sebagai agama yg ‘’ketat peraturannya’’ dalam hal yang mungkin sebenarnya remeh.Tetapi,bab hukum-hakam yang wajib tidak pula mahu dipersoalkan.Sebagai contoh, seperti hukum hudud yang sepatutnya dilaksanakan.Orang Islam sendiri yang menolak dan memberi gambaran yang buruk seperti tidak berperikemanusian dan tidak sesuai digunakan lagi dalam zaman moden ini.Allahuakbar!!
                    
Hukum Allah itu sesuai digunakan sehingga ke Hari Kiamat dan setiap satunya mempunyai sebab yang tersendiri kenapa ditetapkan sedemikian rupa.Lihatlah kepincangan di Malaysia dari segi jenayah.Hari2,konpem ada kes bunuh dan rogol.Orang cakap,kalau tak tengok ada berita mcm tuh,rasa macam dok kt Planet Matoki je.Hehehe.Kita tinggalkan dulu bab tuh.

Satu lagi paranoid ataupun mungkin boikot yang bagi aku agak kurang munasabah adalah penggunaan Mukabuku atau omputehnya Facebook atau perkataan lagi maju FB.


Aku pernah mendengar perdebatan antara dua org kwn aku.(nop gocoh pun ada aku tengok.Kih33).Antara yang menarik minat aku adalah isu ini.Dan,aku mmg setuju dgn pendapat salah seorang dari mereka.KENAPA KITA PERLU MEMBOIKOT FB SEDANGKAN KITA BOLEH MENGGUNAKANNYA KE ARAH KEBAIKAN?jadikan fb ini sebagai satu platform untuk berdakwah,berkongsi ilmu dan mengajak ke arah melakukan kebaikan.Kenapa nak menyusahkan diri berdakwah dengan mengetuk setiap pintu rumah sedangkan kita ada perkara mudah iaitu postkan dlm fb yg mengambil masa beberapa mint sahja dan konpem2 ramai yg tgk?

Kalau kita mengimbau kembali sejarah pada ZAMAN KEEMASAN ISLAM(kerajaan Abbasiyah),para ilmuwan zaman itu begitu dahagakan ilmu sampai baca abis karya-karya Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh daripada kajian-kajian sendiri.

Kesimpulannya,kita sebagai umat Islam janganlah alpa dalam menjaga batas2 kita tetapi dalam masa yang sama jangan terlalu paranoid.Dalam dunia yang sangat mencabar ini,Mungkin banyak perktaan yg disebut hari2 bile di translate kpd bhs lain ade kaitan ngan penghinaan kpd Allah SWT dan Rasul, tanpa kita sedar.. tp aku tau Allah maha mengetahui tentang niat kta.. sbb tu semua di luar pengetahuan dan kesedaran kta..Oleh sebab itulah,kita perlu belajar.

apepun, jgn la kaitkn smua perkataan ngn penghinaan kpd Allah.. paranoid sgt namanya.. tetapkn hati kta pd yg esa.. Allah maha mengetahui..Allahuakbar!!!

p/s:jangan makan nasi lemak ok.Itu adalah agenda Freemanson a.k.a Yahudi tuh.Hehehe





Saturday, 19 October 2013

Apabila anak lupa diri??

Hari ini,aku berminat dgn post dari sorang hamba Allah ni..tak clap aku,beliau post pada 15/10/2013.Lebih kurang seminggu yang lepas juga la.Lambat gler informasi aku.

Siyesly,aku tak terkejut pun klu ad kes mcm ni di universiti.Berlambak2 kut.Berdasarkan pengalaman aku,manusia spesies mcm ni mmg bersepah kat mana2 pun.Kekadang,aku rasa dorang ni mcm kejutan budaya lantas jadi lupa daratan bila masuk suasana baru.Virus yg berbahya ini biasanya berlaku dalam kalangan pompuan sahaja.

Biasalah,apabila kita berkawan.Sedikit-sebanyak kita akan terpengaruh dengan kawan-kawan kita.Kalau kita berkawan dgn orang yg suka bergaya,kita pun nk bergaya.Kalau berkawan dgn org yg suka gosip,dgn kita2 la jadi minah propa.Tapi,semoleknya,pilih geng2 masjid.moga2 kita pun melekat nk g masjid juga.Pendek kata,pilihlah kawan dan jujurlah dalam sesuatu perhubungan.

Dalam kes budak ni,ak rasa terseksa mendengarnya.Dia bukan sahaja menipu kawan2,bf,ibubapa bahkan diri sendiri juga.Kenapa?Malukah ibubapa hanya bekerja kampung?Hina sangat ke sedangkan mereka mencari rezeki yang halal?Kalau aku,rasa bangga nak cakap mereka kerja biasa sahaja,tapi berjaya menghantar aku masuk ke universiti.Maksud aku,kemiskinan @ kesusahan hidup tu bukan penghalang untk melangkah ke menara gading.Tapi itu pendapat aku je sbb ak x berada kat tempat dia.Aku x tahu la kalau minah sengal ni fikir mende lain.

Aku mmg respek dgn sorang senior aku dekat u ni.Orangnya baik dan cantik.Humble dan selamba.Senang nak cam dia walaupun jarak sebatu jauhnya sbb dia hanya selalu berpakaian serba hitam.Berjubah dan bertudung litup.Tapi,jangan pandang dia tak ada mata ye.Dia tuh pandai gler jamming.Aku prnh dgr la dia main gitar.Superb beb.Kiranya,muslimah rock la.Dan,apa yg ak dgr dari telinga ak yg tajam ni,dia merupakan anak org kaya.Semput nafas ak dgr.

Jadi,ak list la serba-sedikit ye perangai org ni yg ak prnh jumpa.

1.Modest-yg ni kita tgk dia biasa2 je.Yang jenis materialistik tuh tengok ecececece je.Dia tak tahu rupanya budak tu 'ikan jerung'.

2.Hipokrit-yg nie bahaya skit.Spesies ni kita tgk mcm ank Dato'.Pakaiannya,gayanya dan kata2nya sume high2 mengalahkan Gunung Everest.Tapi,biasanya aku bleh detect kemunculan spesies ni.Kalau korang perhatikan betul2,spesies seperti ini akan mengaku bahawa mak dan ayahnya merupakan orang kaya.Selalu pergi oversea.Orang cakap,seantero dunia la,tinggal tak pergi kat outer space je lagi.Bercerita barang branded je tapi tak pernah nampak barang tu.Paling jelas,dorang ni mmg nampak 'kekayaannya' pada awal2 sem.Boleh belanja kawan2.Tapi,bila hujung sem..orang nak pinjam rm1 pun berkira.Katanya,rm1 tu bleh digunakan utk sedekah kepada masjid.Nak sedekah rm50 bnyk sgt.Hahaha.

3.Outstanding-'Ikan paus'.Yang ni,malas nak cakap rasanya.Bak kata pepatah,sekilas ikan di air,sudah ku tahu jantan @ betinanya.

4.Sederhana-yang ni ak mmg respek.Tabik spring jetak 150juta kali.Biasanya,budak2 mcm ni dia adlh seorg yg rajin dalam belajar dan mencari duit sendiri.Seorang yang bertanggungjawab.

Aku rasa aku bleh kategori no 4 kut.Hohoho.Aku dah bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang.Boleh makan minum sampai obes mcm ni dan beli baju tanpa meminta simpati orang.

Harapnya,minah ni cepat2 la sedar dan insaf.Beritahu la kebenaran walaupun pahit mcm hempedu.Kerana perasaaan ditipu tu lebih teruk lagi umpama masakan org baru belajar yg terlebih garam dan terlebih cili melaka.

Hasta la vista,baby.


Sekarang,semua orang tahu fenomena kpop yang melanda seluruh dunia...Aku sendiri pun minat la juga kpop ni..B2ST, n BigBang mmg terbaik r..Aku mmg minat tahap jatuh cinta kera kat TOP ngn G.kwang..Tapi yang menjadi permasalahannya..Adakah para peminat ini kpopper @ kpooper??


Anak2 muda..chewah..terlalu fanatik dgn kpop ni..nak ikut gaya rambut la (boboy)..style la..n yg plg syok cara berpakaian yang mmg seksi abis la (utk gegurl)..Pendapat aku,,minat2 juga..tapi jangan sampai jadi tahi..jangan sampai lupa budaya timur kita.

Kekawan aku mmg ramai minat kpop ni..tapi,syukurlah..x ada lagi yang kemaruk sawan siput..cuma yang membuat aku sedih,,kekadang terbaca kat fb,,status yg berbunyi ''Yess..tercapai sudah impian aku ingin bersalaman,bergambar dan autograf tut..tut..(kumpulan kpop)..lembutnya tangan..nampaknya mandi kena pakai plastik ni'' post dari seorg muslimah.

Dan,perkara pertama yang aku fikir..watdahek?sampai macam tuh skali punya happy??bersalam dgn bukan muhrim pula tu..

Tapi seperti biasa..kita tegur secara baik,dibalas dgn kata2 yg menusuk hati,limpa dan tulang aku sekali..Tegur seorang,tapi yang balas balik punyalah ramai macam segerombolan tentera..orang lain yg ditegur,,sepuluh orang lain yg butthurt...

Jadi,fikir2 kanlah,,para kpopper sekalian..Hiburan tuh adalah hiburan,,agama tetap agama..jangan sampai melampaui batasan agama sahaja..

Nie hadiah utk para kpoppers sekalian...