Monday, 21 October 2013

Adakah umat Islam menjaga @ terlalu paranoid??



Melihat dari status yang di atas ni,aku rasa aku boleh dapat sakit kepala yang kronik.Kartun Upin Ipin yang dok ‘’betul,betul’’ pun boleh dikatakan sebagai agenda yahudi??Memang tidak dinafikan,kita hidup di mana yahudi menguasai dunia ini baik dari segi teknologi,barang2 makanan dan juga media.Tetapi,yang menjadi permasalahannya skrg,adakah umat Islam ini betul2 menjaga ataupun terlebih paranoid sebenarnya?


Hal seperti inilah yang membuatkan non-muslim memandang agama Islam ini sebagai agama yg ‘’ketat peraturannya’’ dalam hal yang mungkin sebenarnya remeh.Tetapi,bab hukum-hakam yang wajib tidak pula mahu dipersoalkan.Sebagai contoh, seperti hukum hudud yang sepatutnya dilaksanakan.Orang Islam sendiri yang menolak dan memberi gambaran yang buruk seperti tidak berperikemanusian dan tidak sesuai digunakan lagi dalam zaman moden ini.Allahuakbar!!
                    
Hukum Allah itu sesuai digunakan sehingga ke Hari Kiamat dan setiap satunya mempunyai sebab yang tersendiri kenapa ditetapkan sedemikian rupa.Lihatlah kepincangan di Malaysia dari segi jenayah.Hari2,konpem ada kes bunuh dan rogol.Orang cakap,kalau tak tengok ada berita mcm tuh,rasa macam dok kt Planet Matoki je.Hehehe.Kita tinggalkan dulu bab tuh.

Satu lagi paranoid ataupun mungkin boikot yang bagi aku agak kurang munasabah adalah penggunaan Mukabuku atau omputehnya Facebook atau perkataan lagi maju FB.


Aku pernah mendengar perdebatan antara dua org kwn aku.(nop gocoh pun ada aku tengok.Kih33).Antara yang menarik minat aku adalah isu ini.Dan,aku mmg setuju dgn pendapat salah seorang dari mereka.KENAPA KITA PERLU MEMBOIKOT FB SEDANGKAN KITA BOLEH MENGGUNAKANNYA KE ARAH KEBAIKAN?jadikan fb ini sebagai satu platform untuk berdakwah,berkongsi ilmu dan mengajak ke arah melakukan kebaikan.Kenapa nak menyusahkan diri berdakwah dengan mengetuk setiap pintu rumah sedangkan kita ada perkara mudah iaitu postkan dlm fb yg mengambil masa beberapa mint sahja dan konpem2 ramai yg tgk?

Kalau kita mengimbau kembali sejarah pada ZAMAN KEEMASAN ISLAM(kerajaan Abbasiyah),para ilmuwan zaman itu begitu dahagakan ilmu sampai baca abis karya-karya Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh daripada kajian-kajian sendiri.

Kesimpulannya,kita sebagai umat Islam janganlah alpa dalam menjaga batas2 kita tetapi dalam masa yang sama jangan terlalu paranoid.Dalam dunia yang sangat mencabar ini,Mungkin banyak perktaan yg disebut hari2 bile di translate kpd bhs lain ade kaitan ngan penghinaan kpd Allah SWT dan Rasul, tanpa kita sedar.. tp aku tau Allah maha mengetahui tentang niat kta.. sbb tu semua di luar pengetahuan dan kesedaran kta..Oleh sebab itulah,kita perlu belajar.

apepun, jgn la kaitkn smua perkataan ngn penghinaan kpd Allah.. paranoid sgt namanya.. tetapkn hati kta pd yg esa.. Allah maha mengetahui..Allahuakbar!!!

p/s:jangan makan nasi lemak ok.Itu adalah agenda Freemanson a.k.a Yahudi tuh.Hehehe





Saturday, 19 October 2013

Apabila anak lupa diri??

Hari ini,aku berminat dgn post dari sorang hamba Allah ni..tak clap aku,beliau post pada 15/10/2013.Lebih kurang seminggu yang lepas juga la.Lambat gler informasi aku.

Siyesly,aku tak terkejut pun klu ad kes mcm ni di universiti.Berlambak2 kut.Berdasarkan pengalaman aku,manusia spesies mcm ni mmg bersepah kat mana2 pun.Kekadang,aku rasa dorang ni mcm kejutan budaya lantas jadi lupa daratan bila masuk suasana baru.Virus yg berbahya ini biasanya berlaku dalam kalangan pompuan sahaja.

Biasalah,apabila kita berkawan.Sedikit-sebanyak kita akan terpengaruh dengan kawan-kawan kita.Kalau kita berkawan dgn orang yg suka bergaya,kita pun nk bergaya.Kalau berkawan dgn org yg suka gosip,dgn kita2 la jadi minah propa.Tapi,semoleknya,pilih geng2 masjid.moga2 kita pun melekat nk g masjid juga.Pendek kata,pilihlah kawan dan jujurlah dalam sesuatu perhubungan.

Dalam kes budak ni,ak rasa terseksa mendengarnya.Dia bukan sahaja menipu kawan2,bf,ibubapa bahkan diri sendiri juga.Kenapa?Malukah ibubapa hanya bekerja kampung?Hina sangat ke sedangkan mereka mencari rezeki yang halal?Kalau aku,rasa bangga nak cakap mereka kerja biasa sahaja,tapi berjaya menghantar aku masuk ke universiti.Maksud aku,kemiskinan @ kesusahan hidup tu bukan penghalang untk melangkah ke menara gading.Tapi itu pendapat aku je sbb ak x berada kat tempat dia.Aku x tahu la kalau minah sengal ni fikir mende lain.

Aku mmg respek dgn sorang senior aku dekat u ni.Orangnya baik dan cantik.Humble dan selamba.Senang nak cam dia walaupun jarak sebatu jauhnya sbb dia hanya selalu berpakaian serba hitam.Berjubah dan bertudung litup.Tapi,jangan pandang dia tak ada mata ye.Dia tuh pandai gler jamming.Aku prnh dgr la dia main gitar.Superb beb.Kiranya,muslimah rock la.Dan,apa yg ak dgr dari telinga ak yg tajam ni,dia merupakan anak org kaya.Semput nafas ak dgr.

Jadi,ak list la serba-sedikit ye perangai org ni yg ak prnh jumpa.

1.Modest-yg ni kita tgk dia biasa2 je.Yang jenis materialistik tuh tengok ecececece je.Dia tak tahu rupanya budak tu 'ikan jerung'.

2.Hipokrit-yg nie bahaya skit.Spesies ni kita tgk mcm ank Dato'.Pakaiannya,gayanya dan kata2nya sume high2 mengalahkan Gunung Everest.Tapi,biasanya aku bleh detect kemunculan spesies ni.Kalau korang perhatikan betul2,spesies seperti ini akan mengaku bahawa mak dan ayahnya merupakan orang kaya.Selalu pergi oversea.Orang cakap,seantero dunia la,tinggal tak pergi kat outer space je lagi.Bercerita barang branded je tapi tak pernah nampak barang tu.Paling jelas,dorang ni mmg nampak 'kekayaannya' pada awal2 sem.Boleh belanja kawan2.Tapi,bila hujung sem..orang nak pinjam rm1 pun berkira.Katanya,rm1 tu bleh digunakan utk sedekah kepada masjid.Nak sedekah rm50 bnyk sgt.Hahaha.

3.Outstanding-'Ikan paus'.Yang ni,malas nak cakap rasanya.Bak kata pepatah,sekilas ikan di air,sudah ku tahu jantan @ betinanya.

4.Sederhana-yang ni ak mmg respek.Tabik spring jetak 150juta kali.Biasanya,budak2 mcm ni dia adlh seorg yg rajin dalam belajar dan mencari duit sendiri.Seorang yang bertanggungjawab.

Aku rasa aku bleh kategori no 4 kut.Hohoho.Aku dah bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang.Boleh makan minum sampai obes mcm ni dan beli baju tanpa meminta simpati orang.

Harapnya,minah ni cepat2 la sedar dan insaf.Beritahu la kebenaran walaupun pahit mcm hempedu.Kerana perasaaan ditipu tu lebih teruk lagi umpama masakan org baru belajar yg terlebih garam dan terlebih cili melaka.

Hasta la vista,baby.


Sekarang,semua orang tahu fenomena kpop yang melanda seluruh dunia...Aku sendiri pun minat la juga kpop ni..B2ST, n BigBang mmg terbaik r..Aku mmg minat tahap jatuh cinta kera kat TOP ngn G.kwang..Tapi yang menjadi permasalahannya..Adakah para peminat ini kpopper @ kpooper??


Anak2 muda..chewah..terlalu fanatik dgn kpop ni..nak ikut gaya rambut la (boboy)..style la..n yg plg syok cara berpakaian yang mmg seksi abis la (utk gegurl)..Pendapat aku,,minat2 juga..tapi jangan sampai jadi tahi..jangan sampai lupa budaya timur kita.

Kekawan aku mmg ramai minat kpop ni..tapi,syukurlah..x ada lagi yang kemaruk sawan siput..cuma yang membuat aku sedih,,kekadang terbaca kat fb,,status yg berbunyi ''Yess..tercapai sudah impian aku ingin bersalaman,bergambar dan autograf tut..tut..(kumpulan kpop)..lembutnya tangan..nampaknya mandi kena pakai plastik ni'' post dari seorg muslimah.

Dan,perkara pertama yang aku fikir..watdahek?sampai macam tuh skali punya happy??bersalam dgn bukan muhrim pula tu..

Tapi seperti biasa..kita tegur secara baik,dibalas dgn kata2 yg menusuk hati,limpa dan tulang aku sekali..Tegur seorang,tapi yang balas balik punyalah ramai macam segerombolan tentera..orang lain yg ditegur,,sepuluh orang lain yg butthurt...

Jadi,fikir2 kanlah,,para kpopper sekalian..Hiburan tuh adalah hiburan,,agama tetap agama..jangan sampai melampaui batasan agama sahaja..

Nie hadiah utk para kpoppers sekalian...