Monday, 21 October 2013

Adakah umat Islam menjaga @ terlalu paranoid??



Melihat dari status yang di atas ni,aku rasa aku boleh dapat sakit kepala yang kronik.Kartun Upin Ipin yang dok ‘’betul,betul’’ pun boleh dikatakan sebagai agenda yahudi??Memang tidak dinafikan,kita hidup di mana yahudi menguasai dunia ini baik dari segi teknologi,barang2 makanan dan juga media.Tetapi,yang menjadi permasalahannya skrg,adakah umat Islam ini betul2 menjaga ataupun terlebih paranoid sebenarnya?


Hal seperti inilah yang membuatkan non-muslim memandang agama Islam ini sebagai agama yg ‘’ketat peraturannya’’ dalam hal yang mungkin sebenarnya remeh.Tetapi,bab hukum-hakam yang wajib tidak pula mahu dipersoalkan.Sebagai contoh, seperti hukum hudud yang sepatutnya dilaksanakan.Orang Islam sendiri yang menolak dan memberi gambaran yang buruk seperti tidak berperikemanusian dan tidak sesuai digunakan lagi dalam zaman moden ini.Allahuakbar!!
                    
Hukum Allah itu sesuai digunakan sehingga ke Hari Kiamat dan setiap satunya mempunyai sebab yang tersendiri kenapa ditetapkan sedemikian rupa.Lihatlah kepincangan di Malaysia dari segi jenayah.Hari2,konpem ada kes bunuh dan rogol.Orang cakap,kalau tak tengok ada berita mcm tuh,rasa macam dok kt Planet Matoki je.Hehehe.Kita tinggalkan dulu bab tuh.

Satu lagi paranoid ataupun mungkin boikot yang bagi aku agak kurang munasabah adalah penggunaan Mukabuku atau omputehnya Facebook atau perkataan lagi maju FB.


Aku pernah mendengar perdebatan antara dua org kwn aku.(nop gocoh pun ada aku tengok.Kih33).Antara yang menarik minat aku adalah isu ini.Dan,aku mmg setuju dgn pendapat salah seorang dari mereka.KENAPA KITA PERLU MEMBOIKOT FB SEDANGKAN KITA BOLEH MENGGUNAKANNYA KE ARAH KEBAIKAN?jadikan fb ini sebagai satu platform untuk berdakwah,berkongsi ilmu dan mengajak ke arah melakukan kebaikan.Kenapa nak menyusahkan diri berdakwah dengan mengetuk setiap pintu rumah sedangkan kita ada perkara mudah iaitu postkan dlm fb yg mengambil masa beberapa mint sahja dan konpem2 ramai yg tgk?

Kalau kita mengimbau kembali sejarah pada ZAMAN KEEMASAN ISLAM(kerajaan Abbasiyah),para ilmuwan zaman itu begitu dahagakan ilmu sampai baca abis karya-karya Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh daripada kajian-kajian sendiri.

Kesimpulannya,kita sebagai umat Islam janganlah alpa dalam menjaga batas2 kita tetapi dalam masa yang sama jangan terlalu paranoid.Dalam dunia yang sangat mencabar ini,Mungkin banyak perktaan yg disebut hari2 bile di translate kpd bhs lain ade kaitan ngan penghinaan kpd Allah SWT dan Rasul, tanpa kita sedar.. tp aku tau Allah maha mengetahui tentang niat kta.. sbb tu semua di luar pengetahuan dan kesedaran kta..Oleh sebab itulah,kita perlu belajar.

apepun, jgn la kaitkn smua perkataan ngn penghinaan kpd Allah.. paranoid sgt namanya.. tetapkn hati kta pd yg esa.. Allah maha mengetahui..Allahuakbar!!!

p/s:jangan makan nasi lemak ok.Itu adalah agenda Freemanson a.k.a Yahudi tuh.Hehehe





No comments:

Post a Comment