Hari ini,aku berminat dgn post dari sorang hamba Allah ni..tak clap aku,beliau post pada 15/10/2013.Lebih kurang seminggu yang lepas juga la.Lambat gler informasi aku.
Siyesly,aku tak terkejut pun klu ad kes mcm ni di universiti.Berlambak2 kut.Berdasarkan pengalaman aku,manusia spesies mcm ni mmg bersepah kat mana2 pun.Kekadang,aku rasa dorang ni mcm kejutan budaya lantas jadi lupa daratan bila masuk suasana baru.Virus yg berbahya ini biasanya berlaku dalam kalangan pompuan sahaja.
Biasalah,apabila kita berkawan.Sedikit-sebanyak kita akan terpengaruh dengan kawan-kawan kita.Kalau kita berkawan dgn orang yg suka bergaya,kita pun nk bergaya.Kalau berkawan dgn org yg suka gosip,dgn kita2 la jadi minah propa.Tapi,semoleknya,pilih geng2 masjid.moga2 kita pun melekat nk g masjid juga.Pendek kata,pilihlah kawan dan jujurlah dalam sesuatu perhubungan.
Dalam kes budak ni,ak rasa terseksa mendengarnya.Dia bukan sahaja menipu kawan2,bf,ibubapa bahkan diri sendiri juga.Kenapa?Malukah ibubapa hanya bekerja kampung?Hina sangat ke sedangkan mereka mencari rezeki yang halal?Kalau aku,rasa bangga nak cakap mereka kerja biasa sahaja,tapi berjaya menghantar aku masuk ke universiti.Maksud aku,kemiskinan @ kesusahan hidup tu bukan penghalang untk melangkah ke menara gading.Tapi itu pendapat aku je sbb ak x berada kat tempat dia.Aku x tahu la kalau minah sengal ni fikir mende lain.
Aku mmg respek dgn sorang senior aku dekat u ni.Orangnya baik dan cantik.Humble dan selamba.Senang nak cam dia walaupun jarak sebatu jauhnya sbb dia hanya selalu berpakaian serba hitam.Berjubah dan bertudung litup.Tapi,jangan pandang dia tak ada mata ye.Dia tuh pandai gler jamming.Aku prnh dgr la dia main gitar.Superb beb.Kiranya,muslimah rock la.Dan,apa yg ak dgr dari telinga ak yg tajam ni,dia merupakan anak org kaya.Semput nafas ak dgr.
Jadi,ak list la serba-sedikit ye perangai org ni yg ak prnh jumpa.
1.Modest-yg ni kita tgk dia biasa2 je.Yang jenis materialistik tuh tengok ecececece je.Dia tak tahu rupanya budak tu 'ikan jerung'.
2.Hipokrit-yg nie bahaya skit.Spesies ni kita tgk mcm ank Dato'.Pakaiannya,gayanya dan kata2nya sume high2 mengalahkan Gunung Everest.Tapi,biasanya aku bleh detect kemunculan spesies ni.Kalau korang perhatikan betul2,spesies seperti ini akan mengaku bahawa mak dan ayahnya merupakan orang kaya.Selalu pergi oversea.Orang cakap,seantero dunia la,tinggal tak pergi kat outer space je lagi.Bercerita barang branded je tapi tak pernah nampak barang tu.Paling jelas,dorang ni mmg nampak 'kekayaannya' pada awal2 sem.Boleh belanja kawan2.Tapi,bila hujung sem..orang nak pinjam rm1 pun berkira.Katanya,rm1 tu bleh digunakan utk sedekah kepada masjid.Nak sedekah rm50 bnyk sgt.Hahaha.
3.Outstanding-'Ikan paus'.Yang ni,malas nak cakap rasanya.Bak kata pepatah,sekilas ikan di air,sudah ku tahu jantan @ betinanya.
4.Sederhana-yang ni ak mmg respek.Tabik spring jetak 150juta kali.Biasanya,budak2 mcm ni dia adlh seorg yg rajin dalam belajar dan mencari duit sendiri.Seorang yang bertanggungjawab.
Aku rasa aku bleh kategori no 4 kut.Hohoho.Aku dah bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang.Boleh makan minum sampai obes mcm ni dan beli baju tanpa meminta simpati orang.
Harapnya,minah ni cepat2 la sedar dan insaf.Beritahu la kebenaran walaupun pahit mcm hempedu.Kerana perasaaan ditipu tu lebih teruk lagi umpama masakan org baru belajar yg terlebih garam dan terlebih cili melaka.
Hasta la vista,baby.

No comments:
Post a Comment